Guest House bukit rambai
*Nota : Untuk Hujung Minggu, Wajib Ambil Pakej 3 Hari 2 Malam (Check In Jumaat & Check Out Ahad)
Selamat Datang ke Ziyad Stellar Guest House Cawangan Bukit Rambai Melaka.
Berkonsepkan minimalis moden dilengkapi dengan bilik yang selesa, kolam renang privasi yang bakal menjanjikan keseronokan kepada pengunjung, mesra OKU & mesra Warga Emas Berkerusi Roda. Susunan ruang keluarga, dapur luar konsep terbuka yang luas, ruang BBQ dan kolam renang dewasa dan kanak-kanak yang melengkapi keperluan keluarga pengunjung.
Terletak hanya kira-kira 25 minit daripada susur keluar Tol Ayer Keroh dan dihubungkan dengan lebuhraya pintasan SPA tanpa melalui kesesakan Bandaraya Melaka.
Bukit Rambai kini tidak asing lagi sebagai pilihan percutian pelancong luar kerana berada berdekatan dengan Pantai Klebang dan Pantai Puteri yang kini semakin menjadi tumpuan lokasi pelancongan.
Jarak perjalanan ke Pantai Klebang, Klebang Original Coconut Shake, Muzium Kapal Selam, Dataran 1 Malaysia kurang daripada 15 minit.
Selain daripada Pantai Klebang, jarak perjalanan Ziyad Stellar Guest House Cawangan Bukit Rambai Melaka ke Pantai Puteri juga kurang daripada 15 minit.
APA YANG ADA DI PANTAI PUTERI MELAKA? Terdapat pelbagai hasil laut yang segar dijual hasil daripada tangkapan nelayan pulang dari laut, pangkin tradisonal menjual ikan segar dibuka seawal pagi, gerai makanan dan minuman di persisiran pantai dan pemandangan kapal dagangan di tengah lautan. Tiada lagi semua ini di negeri Melaka kecuali di Pantai Puteri.
Di sepanjang jalan pantai, banyak pilihan makanan, kueh mueh tradisional dan keperluan barangan juga mudah diperolehi.
Manakala jarak ke pusat tumpuan pelancongan menarik di Bandar Melaka kurang daripada 25 minit.
Ziyad Stellar Guest House Cawangan Bukit Rambai Melaka menjanjikan pengalaman dan keselesaan penginapan, kemudahan serta keseronokan untuk percutian keluarga anda.
Jumpa anda di sana!
Yang Disediakan
- 5 Bilik Katil Queen Lengkap Dengan Penghawa Dingin
- Ruang Tamu Rumah Yang Luas Sesuai Untuk Majlis Keluarga
- Kolam Renang Bersaiz Besar Menjanjikan Keseronokan Kanak-kanak & Dewasa
- Kemudahan Laluan Ramp Bagi Orang Kelainan Upaya & Orang Tua Berkerusi Roda
- Pagar Keselamatan Elektrik 7’. Memberi Privasi & Keselamatan Kepada Pengunjung
- Air Panas & Sejuk Coway
- Dapur Gas & Peralatan Memasak
- Menikmati Suasana Meriah BerBBQ Bersama Keluarga
- Kelengkapan TV & Astro Njoi
- Permainan Keluarga Dart, Gitar, Congkak & Carom
- Lot Parkir Yang Boleh Menampung Sehingga 10 Buah Kenderaan
- Whiteboard Untuk Perbincangan, Kelas dan Latihan
- Iron, Iron Board, Mesin Basuh & Penyidai Pakaian
- Peti Sejuk Untuk Menyimpan Makanan Basah
- CCTV Menjamin Keselamatan Penghuni